SUBANG JAYA: Penyerang sayap sensasi skuad kebangsaan, Faisal Halim menyifatkan barisan pemain skuad kebangsaan tidak terjejas dengan isu yang terpalit Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini.
Faisal yang diberi julukan 'Mickey' itu berkata, ketika ini skuadnya hanya fokus meningkatkan prestasi sebagai pemain kebangsaan apatah lagi Harimau Malaya sebelum ini telah tewas dalam dua perlawanan menentang Oman pada Kelayakan Piala Dunia 2026/ Kelayakan Piala Asia 2027 Mac lalu.
Pemain 26 tahun itu turut menyifatkan Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon merupakan pengendali terbaik selain berpendapat Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin telah menjalankan tanggungjawab terbaik buat pasukan negara.
"Pada saya saya tak boleh cakap apa-apa (mengenai isu) sebab itu pihak atasan, kami sebagai pemain diberi peluang bermain kami bermain.
"Apa yang saya boleh kata jurulatih Pan Gon terbaik, Hamidin jalankan tanggungjawab yang terbaik dalam FAM tapi biasalah kalau kita kalah benda ini terjadi kalau menang tiada isu," katanya pada sidang media pada Majlis Pelancaran jenama Faisal Halim (FH7) di Pasaraya Aeon BiG di sini pada Rabu.
Baru-baru ini timbul isu penyebaran 'surat layang' baru-yang memburukkan kepimpinan dan pengurusan badan induk itu sekali gus mendapat gesaan supaya Hamidin meletakkan jawatan selepas enam tahun menerajui badan induk itu.
Mac lepas, anak buah Pan Gon gagal menyaingi kehebatan Oman yang menyaksikan Malaysia mengalami dua kekalahan 0-2 berturut-turut di Muscat pada 21 Mac diikuti di Stadium Nasional di Bukit Jalil pada 26 Mac.
Dua kekalahan itu menyaksikan Malaysia jatuh ke kedudukan ketiga dalam saingan Kumpulan D, ketinggalan tiga mata di belakang Kyrgyzstan dan Oman yang mengumpul sembilan mata di posisi dua teratas sementara Taiwan tercorot tanpa sebarang mata.
Harimau Malaya bakal berdepan dua aksi Kumpulan D menentang Kyrgyzstan dan Taiwan bulan depan dalam usaha layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dan mengesahkan tempat lebih awal ke Piala Asia 2027 selaku dua pasukan teratas kumpulan. - BERNAMA
Bernama
Wed May 01 2024
Faisal (tengah) bergambar pada Majlis Pelancaran jenama Faisal Halim (FH7) di Pasaraya Aeon BiG pada Rabu. - Gambar Bernama
NATO tetap komited elak pertembungan langsung dengan Rusia berhubung Ukraine
Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) tetap komited untuk mengelakkan pertembungan langsung dengan Rusia berhubung Ukraine dan ini kekal sebagai matlamat utama.
Grid bekalan elektrik Sabah berdepan kekurangan rizab penjanaan - SESB
Grid bekalan elektrik Sabah berdepan kekurangan rizab penjanaan berikutan penyelenggaraan sedang dilakukan di Stesen Janakuasa Rugading, bermula Sabtu (25 Mei) hingga 2 Jun ini.
Jumlah pendaratan penyu di negara ini meningkat - DOF
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) merekodkan jumlah pendaratan penyu di perairan negara ini meningkat sebanyak 11.17 peratus pada tahun lepas.
SQ321: Ahli keluarga masih dalam kesakitan, tidak dapat lelapkan mata
"Ahli keluarga saya masih dalam kesakitan, dan ada yang masih tidak dapat melelapkan mata di malam hari," kata seorang rakyat Malaysia, Eva Khoo.
Kecederaan pemain: Pan Gon belum mahu tekan butang panik
Menurut Pan Gon, beliau tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut sebaliknya ingin lebih fokus kepada pemilihan pemain lain.
Johor rancang buka 10 lagi pusat data
Johor merancang untuk membuka 10 lagi pusat data di negeri berkenaan bagi menarik pelabur luar sekali gus meningkatkan pertumbuhan kadar ekonomi serta peluang pekerjaan.
Pulau Pinang dicadang wujud Jawatankuasa Khas bincang hal ehwal agama Islam
Muhammad Fauzi berkata, ia penting kerana menyedari sensitiviti yang berkaitan dalam menangani isu-isu berkaitan hal ehwal Islam dan Melayu.
Lenovo umum enjin baharu dikuasakan AI bagi bantu perniagaan kurangkan jejak IT
Ia bagi memperkasakan perniagaan dalam membantu membuat lebih banyak keputusan yang dipacu data dan mampan untuk pembelian teknologi maklumat (IT).
Pesara komando labur hampir ratusan ribu kumpul barang lama
Bermula dengan sebilah keris lama, seorang pesara komando Mansor Mohd, 74, dari Kampung Rhu Renggeh di Marang mula berjinak-jinak mengumpul barang antik sebagai koleksi peribadi.
IHR, perjanjian pandemik: Malaysia berpegang kepada prinsip kesaksamaan dan solidariti - PM
Malaysia berpegang kepada prinsip kesaksamaan dan solidariti untuk dilaksanakan dalam semakan Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) serta perjanjian pandemik.
Kecederaan pemain: Pan Gon belum mahu tekan butang panik
Menurut Pan Gon, beliau tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut sebaliknya ingin lebih fokus kepada pemilihan pemain lain.
Pan Gon hilang tiga tonggak utama menjelang pertemuan dengan Kyrgystan, Taiwan
Tiga pemain itu ialah pemain sayap Arif Aiman Mohd Hanapi dan Mohamad Faisal Abdul Halim serta penyerang Romel Morales.
Jangan ganggu polis teliti siasatan - FAM
Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman menasihatkan mana-mana pihak supaya tidak membuat kenyataan yang boleh menghangatkan lagi keadaan.
FAM pertimbang wujudkan kembali program Harimau Muda
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang melihat potensi untuk mewujudkan kembali program Harimau Muda antaranya bertujuan sebagai platform kesinambungan kepada pembangunan pemain muda negara.
FAM perlukan lagi sokongan kerajaan - Hamidin
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata badan induk itu memerlukan lagi sokongan daripada kerajaan terutama dalam memajukan bola sepak negara.
Piala Belia: FAM pandang serius insiden gaduh aksi Melaka, Sri Pahang
FAM sudah terima laporan lengkap kejadian yang disifatkan sebagai tidak beradab itu dan akan menentukan bentuk hukuman sewajarnya.
MFL diminta pertingkat kawalan keselamatan di stadium, tempat penginapan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) meningkatkan tahap keselamatan pemain ketika pergi dan pulang dari stadium.
Hormat keputusan Selangor FC tidak hadir Piala Sumbangsih - Zainal Abidin
Legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan meminta semua pihak menghormati keputusan Selangor FC untuk tidak hadir bagi meneruskan perlawanan Piala Sumbangsih.
Pan-gon turut ambil langkah berjaga-jaga
Pan-gon memahami situasi yang berlaku selain FAM juga akan mengambil langkah keselamatan sewajarnya terutama pada kem latihan pusat pada Jun.
Saifuddin nafi pengurusan tertinggi FAM bakal jadi sasaran serangan
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan bahawa pengurusan tertinggi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal jadi sasaran serangan.